PUTRAJAYA: Lawatan kerja Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir ke Arab Saudi dan Turki, yang bermula semalam, akan mengukuhkan lagi potensi Malaysia sebagai pemain utama sektor pendidikan tinggi serantau serta antarabangsa khususnya di rantau Asia Barat.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, lawatan itu juga membuka peluang untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala dengan kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi.
Menurut KPT, penyertaan Malaysia di persidangan Inisiatif Keupayaan Manusia (HCI) di Arab Saudi dan Forum Diplomasi Antalya (ADF) 2024 di Turki yang bakal membantu melebarkan ruang bagi merancakkan program mobiliti pelajar, tenaga akademik, penyelidik, anggota pentadbiran serta kepimpinan sektor pendidikan tinggi negara.
Zambry mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 27 hingga 29 Feb dan Turki dari 1 hingga 3 Mac ini bagi memenuhi jemputan rakan sejawat beliau iaitu Menteri Pendidikan Arab Saudi, Yousef Abdullah Al-Benyan untuk menghadiri HCI di Riyadh.
HCI adalah persidangan antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin dan pemikir global terdiri daripada penggubal dasar, sektor korporat, pelaburan dan akademik untuk menghasilkan potensi, memangkinkan kerjasama antarabangsa serta memaksimumkan daya tahan dalam bidang pembangunan keupayaan manusia.
Bertema #FutureReadiness, KPT berkata, Zambry akan menyertai sesi panel bersama Al-Benyan bagi mengupas persoalan berkaitan sistem pendidikan dan asas yang diperlukan bagi memupuk tenaga kerja yang berdaya tahan masa kini.
Beliau juga dijangka menyentuh mengenai pembangunan pendidikan tinggi dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pendigitalan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kenyataan itu menyebut, Zambry juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pendidikan Arab Saudi, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar serta Menteri Pendidikan Bahrain selain lawatan kerja ke King Abdul Aziz University Jeddah serta sesi perjumpaan dengan beberapa rakan strategik pendidikan tinggi di Arab Saudi.
Beliau kemudian dijadual melakukan lawatan kerja ke Turki bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima jemputan untuk menghadiri serta menyampaikan ucaptama di ADF 2024 di Antalya.
ADF 2024 adalah persidangan ketiga yang dianjurkan oleh Turki sebagai platform diplomasi antarabangsa serta diskusi intelek oleh united minds dunia dalam menangani cabaran global dan serantau.
Menurut kenyataan itu, semasa di ADF 2024, Zambry akan menyertai sesi panel bersama Menteri Luar Bangladesh, Hasan Mahmud; Menteri Luar Sri Lanka, Tharaka Balasuriya dan Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Minh Hang.
Panel itu dijangka membicarakan kesiapsiagaan rantau Asia Pasifik dalam mendepani isu rentas sempadan seperti perubahan iklim, keselamatan maritim dan keganasan serta kesan pembangunan digital dan teknologi baharu.
KPT berkata, Zambry juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Turki, Hakan Fidan.
Selain itu, Zambry akan ke Istanbul untuk menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia dengan empat institusi pendidikan tinggi Turki iaitu Universiti Karabuk, Universiti Yildrim Beyazit Ankara, Universiti Dicle dan Universiti Teknikal Gebze.
Turut disaksikan ialah MoU antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan beberapa universiti di Istanbul. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Lawatan kerja Zambry ke Arab Saudi dan Turki akan mengukuhkan lagi potensi Malaysia sebagai pemain utama sektor pendidikan tinggi serantau serta antarabangsa khususnya di rantau Asia Barat. - Gambar fail Bernama
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UniMAP
Kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarkan kepada UniMAP susulan insiden itu.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
AUKU akan terus diperbaiki demi mahasiswa - Zambry
Komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
Kerajaan perincikan kampus IPTA lama untuk dibaik pulih
Dalam sesi lawatan, beliau dapati kampus universiti serta politeknik tertentu perlu dibaik pulih dan diselenggara sebaik mungkin.
Universiti awam diminta kenal pasti penginapan pelajar usang
Pengurusan perlu beri keutamaan kepada kemudahan penginapan pelajar bagi memastikan mereka mendapatkan tempat tinggal yang selesa ketika di kampus.